BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 4, 2009

feeling

menjaga dia,menjaga aku,menjaga hati.
dalam hidup yg masih siang,
kita terburu-buru mengejar nikmat hidup,
dalam masa itu,kita lupa,kita leka,kita alpa.
tentang satu perasaan yang dianggap remeh,
tetapi sebenarnya perasaan itu amat penting,
ia terlalu penting dalam merancang masa kelak.

kadangkala kita ketawa,kita senyum,kita gembira,
kadangkala kita bermasam,kita bersedih,kta bertengkar
tapi disebalik itu,kita sebenarnya bahagia,
walaupun sampai menitiskan air mata,
bahagia akan timbul jika ada perasaan sayang.
sayang dan sunyi,adalah 2 benda yang berbeza,

apabila kita mahu,kita akan menghargainya
kita sanjung,kita puja,kita sayang,
apabila kita enggan,kita biarkan ia berterbangan ditiup angin,
biarkan angin membawanya pergi,
kerana angin akan membawa sesuatu yg baru,
kita tidak sedar sebenarnya angin itu membawa perasaan sunyi,
bukannya perasaan sayang.